Tuesday, April 2, 2013

PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI/WANITA TD [6 HINGGA 7 APRIL 2013]





Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD (sebanyak 2000 jawatan Perajurit Muda Lelaki dan 200 jawatan Perajurit Muda Wanita ditawarkan). Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir dan seterusnya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut:

KELAYAKAN AKADEMIK
* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris.

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

* Diploma Pembantu Perubatan, Kejururawatan – sila sertakan bersama Sijil Pengakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) oleh Lembaga Jururawat Malaysia), Farmasi, Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Pemulihan Carakerja, Fisioterapi, Radiografi/Radioterapi, dan Sains Veterinar) dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

* Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.


PUSAT-PUSAT PEMILIHAN Sila hadir dengan berpakaian kemas di Pusat-Pusat Pemilihan yang tercatat  : Masa Pendaftaran: 0800 pagi hingga 0900 pagi

Tarikh temuduga 6 dan 7 April 2013

No comments:

SHARE

 
Ping your blog, website, or RSS feed for Free | ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free