Tuesday, May 7, 2013

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) [23 MEI 2013]





Pusat Rancangan Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia dengan ini mempelawa permohonan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong pengajar sambilan

JAWATAN KOSONG PENGAJAR SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM (INDUK)

Syarat-syarat permohonan:

(a) Mempunyai Ijazah dalam bidang Pendidikan Jasmani/ Seni/ Sijil Kemahiran yang diiktirafkan oleh persatuan peringkat negeri; atau

(b) Mempunyai Sijil Kemahiran Insaniah/OBE (Outcome Based Education)/TOT yang dikeluarkan oleh Pusat Rancangan Kokurikulum

(c) Tiada masalah kesihatan

Elaun dan Waktu Pengajaran:

Setiap pengajar sambilan akan diberi honorarium sebanyak RM50.00 sejam dan tambahan tuntutan perbatuan RM20.00 untuk pengajar luar bukan staf USM.

Waktu pengajaran : Isnin dan Khamis, jam 5.00 petang hingga 7.00 petang (Selama 14 minggu sahaja)

Tanggungjawab Pengajar:

(a) Mendaftar pelajar-pelajar bagi kursus tuan semasa Minggu Suaikenal dan Hari Pendaftaran Kursus-Kursus Kokurikulum bagi Semester I dan Semester II bagi Sidang Akademik yang berkenaan.

(b) Menyimpan rekod kehadiran kursus dan melaporkan kepada Pengerusi Rancangan nama pelajar-pelajar yang tidak menghadiri kelas. Sila hantar salinan senarai kehadiran kepada Pengerusi Rancangan Kokurikulum Kampus Induk pada setiap minggu.

(c) Menyemak FCL (Final Class List) yang dihantar kepada tuan dan memaklumkan kepada Pengerusi Rancangan sekiranya terdapat pelajar yang tidak menghadiri kelas dan pelajar yang menghadiri kelas tanpa pendaftaran.

(d) Mengisi Borang Markah Kursus dan menyediakan Laporan Pemeriksa untuk kursus tuan.

(e) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil oleh Pengerusi Rancangan.

(f) Mengemukakan semua tuntutan ke Pusat Rancangan Kokurikulum sebelum 5 haribulan bulan yang berikut.

(g) Menjalankan tugas-tugas seperti mana diarahkan oleh Pengerusi Rancangan.

(h) Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum adalah berkuasa untuk menamatkan pelantikan ini pada bila-bila masa dengan memberi notis ataupun tanpa notis. Untuk membuat permohonan, (Borang Permohonan Pengajar Sambilan) dan sertakan salinan sijil-sijil berkaita 

Tarikh tutup bagi permohonan adalah pada 23 Mei 2012. Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk temu duga.

Borang Permohonan dan salinan sijil hendaklah dihantarkan ke:

PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM
BANGUNAN C15, JALAN GEMILANG
11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 04-6535248/5243/5245

Tarikh Tutup : 23 Mei 2012


No comments:

SHARE

 
Ping your blog, website, or RSS feed for Free | ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free